Melawat Ipoh? Hubungi 019 5961854 Reza @ Homestay di Pengkalan Tiara
Rumah Corner lot
Berdekatan dengan Tesco 18, Aeon Station 18 dan Mcdonald Station 18
Dalam jangkauan perkhidmatan 'delivery' Pizza hut
Memudahkan urusan
video kahwin 360
Video recording service for weddings, functions and etc. Hardware: SONY HVR Z5 Special introductory Package for early birds Contact: Reza 0195961854 FULL HD Recording + 6-month footage archive
Friday, December 4, 2015
Thursday, January 19, 2012
"Babah, duk sini"
Melawat secara online ke website wad KK3Hospital Kuala Lumpur menggamit kenangan yang melemaskan dada...Setiap kali aku teringatkan si wildan ini, dada rasa sesak dan sukar nak bernafas. Bilik air master bedroom tempat yang biasa aku mandikan Aliff dah jadi tempat larangan untuk aku. Aku pernah mandi kat situ tapi x boleh lama. Dada rasa sesak dan sukar tarik nafas, x tahu apa sebabnya. Lepas tu aku x mandi kat situ dah. Bilik tidur dia pun aku dah kunci sampai sekarang. Beginilah kronologi ringkas aku bersama putera kedua kesayanganku... Aliff
Wad KK3 Unit Pediatrik HKL, Wad Pediatrik yang menjadi tempat aku belajar erti kasih sayang bapa yang tidak ada sempadan dalam konteks hidup yang sebenarnya... anak kecil Muhammad Aliff Hakimi yang berumur 3 tahun 1 bulan 3 hari 2 jam 16 minit adalah pensyarah cilik di universiti dunia. Syukur kepada Allah yang memberi peluang kepadaku menjadi manusia yang lebih baik dari semalam dengan meminjamkan anugerahNya kepadaku dalam tempoh yang amat bernilai.......Setiap kali ke sana, akulah yang menjadi pengganti ibunya, membancuh susu, membasuh baju, sidai baju.Aku berbangga kerana menjadi entiti lelaki solo yang menjaga Aliff dikelilingi ibu ibu penyayang di wad KK3. Aliff dan aku memang rapat. Sememangnya aku jenis yang rapat dengan anak2. Trait yang diturunkan oleh bapaku, Haji Mohamad Mahmood.
Setiap pagi aku akan pastikan Aliff minum susu dan menunggunya ditepi katil sambil bermain bermain dengan putera keduaku ini. Gelak tawanya menghilangkan keperitan menunggu masa rawatan yang memakan masa seminggu lamanya." Babah, duk sini" bentaknya bila aku mahu pergi membeli suratkhabar di kedai Shopmart HKL. Lama juga memujuk baru boleh pergi. Bila aku pulang menemuinya semula, dia akan tersenyum riang bila dihulurkan barang permainan baru. Bila waktu tengah hari Aliff akan tidur sebentar, aku menemaninya tidur sambil dia memeluk erat badanku. Tatkala dia terlelap, aku mengambil peluang membasuh baju. Lokasi bilik air di dalam wad menghilangkan rasa risau membiarkan dia tidur seorang diri. Dalam hati aku berharap dia boleh menghabiskan rawatan tanpa komplikasi di sini. Berdoa agar dia cepat sembuh. Kadang kala aku mengharapkan agar kesakitannya ditanggung oleh aku sendiri, biarlah aku yang sakit di tempatnya dan biarlah dia bebas dari sakitnya...rupanya doaku memang dimakbulkan. Pernah aku dengar dari Radio IKIM, doa mukmin akan dimakbulkan walau bukan secara dikehendakinya... Hanya Allah Maha Mengetahui dan PerancanganNya yang paling sempurna.
Aliff petah bercakap dan seorang jururawat berbangsa cina pernah memujinya kerana kepetahannya.
Memang begitulah Aliff, cepat 'tangkap' dan selalu berinteraksi dengan dunia disekelilingnya.
Aku bersyukur kerana berjaya menghabiskan sessi rawatan yang paling intensif pada kali ini di HKL, setelah melalui beberapa siri rawatan secara periodic. Green light diberi unutuk sessi rawatan Protocol M di Ipoh. Segala dokumen rawatan dipastikan lengkap dan betul. Diari rawatannya yang lengkap dalam bentuk buku log telah dikemaskini oleh nurse dan dicop doktor pakar. Sekarang diari tu aku simpan dalam bekas air tight. Kadang kala, time nak reminisce balik moments dengan Aliff, aku akan belek2 dan baca detail rawatan dalam diari tu. Detailnya A-Z.
Jam pukul 11 pagi, setelah habis sessi bergambar bersama skuad prihatin Maybank, penghuni wad KK3 diberi goodie bag. Aliff sibuk dengan teddy bear barunya. Aku mengemaskan beg dan mendukung Aliff sehingga ke tempat parking kereta." Ayah dah boleh bershopping" Itulah usikan nurse wad KK3 bila mana seoarang pesakit dibenarkan keluar dari wad. Istilah shopping digunakan kerana kebiasaannya troli shopping akan digunakan untuk mengangkut beg beg keperluan pesakit dan penjaga yang berkapasiti 300 liter++...muat bonet kereta sedan, disebabkan tempoh rawatan yang lama dan fitrah pesakit. Time rawatan Aliff kat HKL, aku bawa beg camping yang kapasitinya190 liter. Semuanya ada kat dalam. Laptop pun muat. Yang penting boleh dukung Aliff sampai masuk wad sambil tangan kanan pegang payung Avon warna pink pemberian mak mentua buat peneduh Aliff. Doktor cakap lepas sessi kimo x boleh kena panas, kulit boleh jadi gelap. Kesannya bukan permanent, 2-3 minggu hilang. Ada yang macam negro aku tengok, tapi Aliff steady je, putih gebu je...mungkin pasal darah cina dari keluarga sebelah isteri agaknya. Pasal payung tu, rupanya baru aku sedar ada gambar lips & kisses dengan tulisan Goodbye.
Sepanjang tempoh rawatan selama 6 bulan, mode of transport yang paling disukainya ialah dengan didukung bermula dari tempat parking hinggalah ke katil. Mesti berdukung walaupun dia boleh berjalan. Rupanya setelah beberapa ketika baru aku sedar kenapa dia berkelakuan begitu. Menitis airmata jantan aku bila memikirkannya. Syukur, Tuhan merapatkan hubungan aku dengan Aliff dengan cara yang begitu istimewa, Dia memberi peluang yang cukup bernilai iaitu kesempatan 'memeluk anak kesayangku ini selama 6 bulan sebelum... Syukur Tuhan memberi kesempatan secara soft landing kepada aku.
Walaupun beratnya bertambah, namun aku tidak berasa lelah atau putus oksigen. Pernah aku membawanya ke tingkat 6 dengan memanjat anak tangga hospital Ipoh disebabkan lif penuh bagi rawatan ASPhar. Badannya terasa ringan dan lengan sebelah kiri ini yang selalu mendukungnya tidak rasa lenguh. Mungkin rutin ini menyebabkan badanku dapat menyesuaikan diri. Mungkin kerana keistimewaannya melenyapkan segala kerumitan. Begitu juga bila hari mendung, jarak tempat parking membuatkan hatiku kecut, takut kalau2 Aliff terkena hujan tetapi syukur, hujan turun selepas Aliff selamat berada di dalam kereta. Bukan sekali insiden seperti ini berlaku. Mungkin kebetulan.
Istimewa betul Aliff anak kedua kesayanganku.Pernah sewaktu aku mengalami sakit tulang kaki bahagian metasarsal dan keesokannya ada rawatan untul Aliff di Unit Rawatan Harian ACC Ipoh. Sakit yang menyucuk hingga ke tulang itu hilang keesokan harinya,mungkin kebetulan tetapi setiap kali berlaku kesakitan, ia akan hilang bila tiba masa menghantar Aliff menjalani rawatan. Aku tidak pernah memikirkan outcome negatif. Akan ku buang jauh jauh perasaan itu dan selalu aku bayangkan yang akan pergi dulu menemuiNya ialah aku. Pernah Mama bertanya kepadanya, Aliff sayang siapa? Dia dengan pantas meluruskan telunjuknya ke arah aku.
Minggu terakhir:
"Babah, nak makan sate"
"Mama nak sup" Itulah makanan kegemarannya. Aktif betul Aliff, berlari ke sana sini, aku layan je telatah dia, seronok betul Aliff jadi Joki kuda. Sapa yang jadi kuda, Babah dia la. Bawa dia pusing2 ruang tamu sambil dengar dia gelak sampai abang dia tengok pun teringin nak jadi joki
Berikut merupakan ringkasan yang begitu berat untuk aku siapkan selepas catatan minggu terakhir yang paling menyeronokkan dengan Aliff di mana keceriaannya dirasai bersama kaum keluarga...
Glossary: Tiub catheter CVL: Tiub rawatan kimoterapi
Tarikh 14 June 2011: Tiub catheter CVL dimasukkan melalui incision kecil berukuran 2.5mm di bahagian dada kiri. Aku menemaninya bermula dari proses bius hinggalah waktu dia membuka mata-6 jam selepas incision. Hospital Kuala Lumpur
Genap 6 Bulan selepas
14 Dec 2011: Tiub Catheter CVL dikeluarkan setelah putera ku Aliff Hakimi Bin Reza menemui PenciptaNya selepas Azan Zohor sejurus selepas dia berkata "Mama Jangan nangis". Tangan kecilnya yang aku pegang terasa longlai sebaik mesin berbunyi flat. Aku meletakkan tangannya ke bawah dan mendongak ke atas melihat jam dinding, 1.40pm. "Leen, Aliff dah tak ada..." Aku menemani jenazah ahli syurga ini dari mula hingga akhir. Badannya aku bersihkan, baju disiapkan dan menyelimutnya. 4-5pm: Aku dan Mamanya memandikan jenazah buat kali terakhir. Kami mengkafankan Aliff sambil dibantu Tok Imam. Mukanya berseri seperti bayi yang tidur nyenyak setelah kekenyangan minum susu.Tubuhnya dibalut perlahan dengan kain putih, seterusnya Solat jenazah. 6.00pm Wildan dibawa ke KG Ara Payung Batu Gajah rumah ibu/bapa mertua. Syukur urusan permit dan team gali liang berjalan dengan lancar. 8.50pm Solat jenazah di Surau Al Kamaliah. 9.10pm menurunkan jenazah ke liang lahat dan membuka ikatan kain kafan di bahagian kaki, badan dan muka. Aku mencium pipi gebunya buat kali terakhir...
9.30-10pm Tahlil oleh Imam surau Al Kamaliah..Kenapa tiada Talkin? Kerana usianya yang belum baligh= kelulusan automatik masuk syurga tanpa hisab. Kita yang dah banyak umur ni kenalah diTalkinkan.
Keesokannya, kelihatan barisan pusara kanak kanak (seramai) 21 Ahli Syurga yang sedia menunggu kedatangan teman baru mereka, Muhammad Aliff Hakimi.
Semoga rohnya ditempatkan bersama wildan terpilih seperti yang dijanjikan olehNya
37 hari berlalu: Setiap hari tanpa gagal, aku akan melawat pusara Aliff Hakimi. Sebagaimana Babah menjaga & menemanimu semasa hidup..."Aliff, Babah duduk sini je...tak pergi mana2"

Subscribe to:
Posts (Atom)